awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas OKU rentung dalam kebakaran rumah

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
02/04/2023
22:45 MYT
Warga emas OKU rentung dalam kebakaran rumah
Tindakan operasi pemadaman berjaya mengawal api sepenuhnya pada jam 11.31 malam. - Foto JBPM Sabah
TUARAN: Seorang lelaki warga emas rentung di dalam satu kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Tagas, di sini, malam tadi.
Mangsa, Agus Ebah, 72 tahun, juga merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) ditemukan 26 minit selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak bomba.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kebakaran tersebut dimaklumkan kepada pihak bomba pada jam 10.35 malam.
Sepasukan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Tuaran dikerahkan ke kawasan kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.
Seramai lapan anggota dan pegawai dikerahkan ke kawasan kebakaran Kampung Tagas, Jalan Pertanian Tuaran, bersama dua jentera, bagi memadamkan kebakaran.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal yang terbakar sepenuhnya.
"Terdapat seorang mangsa terlibat rentung, disahkan meninggal dunia pada jam 11.57 malam di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysja," menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Tindakan operasi pemadaman berjaya mengawal api sepenuhnya pada jam 11.31 malam.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada jam 01.34 pagi.
Topic Berkaitan
#kebakaran rumah
#warga emas OKU rentung
#JBPM Sabah
#warga emas OKU meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan