awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas patah tulang rusuk ditanduk lembu korban

Sinar Harian
Sinar Harian
07/06/2025
22:15 MYT
Warga emas patah tulang rusuk ditanduk lembu korban
Md Rabu mengalami kecederaan selepas ditanduk seekor lembu korban di Kampung Bukit Tembakau, Melaka, pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Program ibadah korban di Kampung Bukit Tembakau, di sini, bertukar kecoh apabila seorang lelaki warga emas cedera ditanduk lembu korban dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
Mangsa, Md Rabu Ahmad, 60, yang juga peserta program korban anjuran Masjid Al-Faizin, terpaksa menahan kesakitan selepas mengalami patah pada salah satu tulang rusuk.
Anak mangsa, Siti Nur Sakierah Md Rabu, 28, berkata, bapanya yang kini menerima rawatan di Hospital Jasin turut mengalami pendarahan di bahagian paru-paru akibat ditanduk haiwan tersebut.
Menurutnya, setiap tahun bapanya mengambil bahagian dalam gotong-royong korban namun tidak menyangka kemalangan sebegini akan berlaku.
"Setakat ini, keadaan ayah dilaporkan stabil dan doktor memaklumkan terdapat pendarahan dalam paru-paru serta terpaksa memasang tiub bagi mengeluarkan darah.
"Memang ayah sering turun padang membantu menguruskan lembu, namun tak sangka ini pula yang berlaku," katanya.
Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa sedang cuba mendekati lembu kedua yang ingin disembelih sebelum haiwan tersebut bertindak liar dan menyerangnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#Ibadah Korban
#patah tulang rusuk
#tanduk lembu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami