awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran luluskan laluan kemanusiaan melalui Selat Hormuz
Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Kepulauan Talaud, gegaran dirasai hingga Manado
KPDN rampas 2,600 liter petrol di Kudat, warga emas ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rugi lebih RM70,000 diperdaya 'phone scam'

Khalis Khadir
Khalis Khadir
07/03/2026
01:26 MYT
Warga emas rugi lebih RM70,000 diperdaya 'phone scam'
Suspek mendakwa mangsa didapati terlibat dengan kegiatan jenayah dan akan dikenakan waran tangkap. - Gambar hiasan
Seorang pesara wanita warga emas kerugian sebanyak RM76,113 selepas diperdaya sindiket penipuan telefon atau phone scam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada pertengahan Jun tahun lepas mangsa yang berusia 70 tahun itu telah dihubungi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.
Beliau berkata suspek mendakwa mangsa didapati terlibat dengan kegiatan jenayah dan akan dikenakan waran tangkap.
"Suspek mengarahkan mangsa supaya membuat sejumlah pembayaran untuk mengelak ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang.
"Mangsa yang ketakutan telah membuat sebanyak 21 kali pembayaran ke akaun berbeza dari tempoh 12 Jun hingga 27 Sept 2025," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata mangsa yang berasal dari daerah Kuala Terengganu menyedari ditipu setelah usaha menghubungi suspek untuk mendapatkan perkembangan kes gagal.
Mangsa kemudian membuat laporan polis pada 11.17 pagi semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#phone scam
#waran tangkap
#sindiket penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan