awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Indonesia maut dibaham buaya di Miri

Bernama
Bernama
13/02/2019
22:00 MYT
Warga Indonesia maut dibaham buaya di Miri
Mangsa dipercayai dibaham buaya kerana ada kesan luka gigitan binatang di badannya. --fotoBERNAMA/Hiasan
Seorang lelaki pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut dibaham buaya ketika mencari ketam di muara sungai di Ladang Segi Pakatan Niah, pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supt Mohd Sabri Zainol berkata, dalam kejadian 1 tengah hari itu, mangsa Muh Tahir Majid Syam, 40, telah keluar bersama anak saudaranya Muhammad Arfian Putra Effendy, 24, mencari ketam di sungai berkenaan di dua lokasi berbeza.
"Anak saudaranya mencari mangsa di tempat mangsa mencari ketam tetapi mendapati dia tiada di lokasi cuma barang-barang mangsa yang ada di tempat berkenaan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, anak saudaranya cuba mencari mangsa di sekitar sungai namun hanya ternampak kepala mangsa terapung di sungai dan terus tenggelam.
"Mayat mangsa telah dijumpai di sungai pada 6 petang ini, hasil siasatan awal mangsa dipercayai dibaham buaya kerana ada kesan luka gigitan binatang di badan mangsa," katanya sambil menambah mayat sudah dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buaya
#dibaham
#kelapa sawit
#Ladang Segi Pakatan Niah
#mangsa
#mayat
#mencari ketam
#Miri
#Mohd Sabri Zainol
#pekerja ladang
#Sarawak
#Sungai
#terapung
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan