awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia
Zara Qairina tidak sedarkan diri namun masih bernafas ketika perjalanan ke hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Malaysia terlantar di hospital Australia nafi laporan 'kesunyian'

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2020
16:47 MYT
Warga Malaysia terlantar di hospital Australia nafi laporan 'kesunyian'
Lelaki warga Malaysia yang sedang dirawat di di St. Vincent's Public Hospital, Darlinghurst Sydney, Australia menafikan laporan media yang menyebut beliau terlantar kesunyian tanpa sebarang pelawat di hospital itu.
KUALA LUMPUR:Lelaki warga Malaysia yang sedang dirawat di di St. Vincent's Public Hospital, Sydney, Australia menafikan laporan media yang menyebut beliau terlantar kesunyian tanpa sebarang pelawat di hospital itu.
Khaidir Abu Jalil menegaskan, laporan mengenainya itu adalah tidak tepat memandangkan dia sentiasa berhubung dengan ahli keluarga di Malaysia.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, perkara itu dimaklumkan Pegawai Konsulat Malaysia di Sydney yang menziarahi Khaidir.
BACA: Warga Malaysia sendirian enam bulan terlantar sakit di hospital Australia
Malah, warga Malaysia itu dilaporkan semakin pulih dan akan dibenarkan keluar dari hospital dalam masa terdekat.
Beliau mengakui tidak memaklumkan keadaannya kepada Suruhunjaya Tinggi Malaysia di Canberra atau Konsulat Malaysia di Sydney.
Bagaimanapun, beliau berterima kasih di atas sokongan serta bantuan yang telah diberikan oleh semua pihak.
"Encik Khaidir telah memohon supaya diberikan ruang untuk menjalani proses pemulihan dengan tenang dan tanpa gangguan daripada pihak media buat masa ini," ujar kenyataan itu.
Kementerian Luar Negeri juga prihatin akan keadaan warganegara Malaysia di luar negara dan menasihatkan supaya berhubung dengan Perwakilan Malaysia yang terdekat sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan memerlukan bantuan konsular.
Topic Berkaitan
#Australia
#kesunyian
#Malaysia
#Kementerian Luar Negeri
#warga Malaysia di Australia
#Sydney
#Khaidir Abu Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan