awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Nepal dikhuatiri lemas, jatuh ketika buat panggilan video

Bernama
Bernama
12/02/2024
20:00 MYT
Warga Nepal dikhuatiri lemas, jatuh ketika buat panggilan video
Menurut rakan mangsa, ketika kejadian mereka duduk di kawasan berbatu dan mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ketika sedang membuat panggilan video. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang warga Nepal dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh dari kawasan berbatu ketika membuat panggilan video di Teluk Tongkang, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai mangsa dikenali sebagai Ganesh Rana, 22, pada 5.50 petang Isnin.
Beliau berkata, mangsa yang juga pekerja di sebuah kilang di sini, dikatakan pergi ke lokasi kejadian bersama beberapa rakannya sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
"Menurut rakan mangsa, ketika kejadian mereka duduk di kawasan berbatu dan mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ketika sedang membuat panggilan video bersama kakaknya sekitar 4.30 petang.
"Rakan mangsa cuba menyelamatkannya dengan mencapai baju mangsa, namun gagal kerana mangsa dibawa arus kuat," katanya dalam kenyataan malam Isnin.
Wan Mohd Zahari, berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa telah dilaksanakan di sepanjang Teluk Tongkang sehingga pantai Teluk Cempedak sebelum ia ditangguhkan kerana cuaca buruk. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Nepal
#lemas
#teluk tongkang
#panggilan video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan