awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waris tunggal mangsa lemas di Hulu Terengganu hiba hari pertama bersekolah

Bernama
Bernama
04/01/2016
07:04 MYT
Waris tunggal mangsa lemas di Hulu Terengganu hiba hari pertama bersekolah
Mohd Hasif (depan, tengah) kini ditempatkan di kelas Tahun 3 Umar bersama-sama 36 pelajar yang lain. - Foto Bernama
Perasaan hiba jelas kelihatan pada wajah Mohd Hasif Abdul Halim, 9, waris tunggal kepada lima sekeluarga yang mati lemas Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, pada 19 Disember lalu ketika memulakan sesi persekolahan di Sekolah Rendah Ibn Khaldun, Jalan Kebun di sini hari ini.
Mohd Hasif yang tiba di sekolah baharunya itu pada kira-kira pukul 7.45 pagi ditemani oleh ibu saudaranya, Dr Siti Sabariah Samian, 38, yang merupakan penjaganya serta dua lagi sepupunya yang turut bersekolah di tempat yang sama.
Sebelum ini Mohd Hasif bersekolah di Sekolah Rendah Islam Hira', Batu Belah, Klang.
Dr Siti Sabariah berkata, Mohd Hasif ceria semasa melakukan persiapan terakhir sebelum ke sekolah semalam, tetapi pada pagi ini dia kelihatan hiba mungkin kerana teringatkan ayahnya Abdul Halim Samian yang selalu menemaninya setiap kali sesi persekolahan baharu bermula.
"Mungkin dia belum dapat sesuaikan diri dengan kawan-kawan baharu di sini. Bagaimanapun saya percaya Mohd Hasif adalah budak yang kuat dan tabah, dan saya yakin dia mampu hadapi semua ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah berkenaan di sini hari ini.
Dalam tragedi pada 19 Disember lalu, ayahnya, Abdul Halim, 44, ibunya, Nurul 'Adilah @ Salaiwati Awang, 39, dan tiga kakaknya iaitu Nurul Arifah, 16, Nurul Hidayah Aina, 11, dan Nurul Izah, 10, lemas ketika mandi-manda di kawasan perkelahan Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu.
Mohd Hasif terselamat kerana berada di daratan ketika kejadian itu berlaku.
Beliau ditempatkan di kelas Tahun 3 Umar bersama-sama 36 pelajar yang lain.
Sementara itu guru kelasnya Zulkifli Mohamad, 28, berkata, pihak sekolah sedia maklum akan pengalaman pahit yang dialami oleh Mohd Hasif dan sedaya upaya akan melakukan yang terbaik bagi membantu ia pulih.
"Pada peringkat awal ini saya telah berpesan kepada semua murid di kelas ini agar memberi sokongan dan mendoakan yang terbaik untuk keluarga Mohd Hasif.
"Kami guru-guru di sekolah ini juga akan melakukan yang terbaik bagi membantu beliau menghadapi peristiwa pahit itu," katanya.
Topic Berkaitan
#hari pertama
#mangsa lemas
#Mohd Hasif Abdul Halim
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan