awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO iktiraf sistem kesihatan Malaysia - Dr Noor Hisham

Bernama
Bernama
05/09/2020
11:43 MYT
WHO iktiraf sistem kesihatan Malaysia - Dr Noor Hisham
Sistem kesihatan di Malaysia juga diiktiraf mempunyai asas yang kukuh dalam menangani pandemik COVID-19. - Gambar fail
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem kesihatan yang kuat dan liputan yang sejagat (UHC), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata dalam sorotan berita WHO semalam, sistem kesihatan di Malaysia juga diiktiraf mempunyai asas yang kukuh dalam menangani pandemik COVID-19 melalui pengalaman lepasnya.
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghargai pengiktirafan WHO ini dan terus komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara," menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham juga berkata WHO dalam satu sidang media pada hari sama menegaskan bahawa vaksin adalah berkesan dalam membendung penularan penyakit seperti cacar air, polio dan sebagainya.
"Namun begitu, keberkesanan dan keselamatan vaksin adalah faktor penting dalam penggunaan vaksin.
"Perkara ini tidak boleh diambil ringan dan justeru itu, bagi menjamin faktor-faktor tersebut, vaksin perlu melalui beberapa ujian dan fasa," katanya.
Beliau berkata sehingga hari ini, masih tiada vaksin COVID-19 yang disahkan berkesan dan selamat oleh WHO.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Malaysia
#Noor Hisham Abdullah
#pandemik
#perubatan
#rawatan kesihatan
#sistem kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan