awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra sedia bantu bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand

Bernama
Bernama
30/03/2024
15:21 MYT
Wisma Putra sedia bantu bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap pada sidang media Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Luar di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Wisma Putra bersedia membantu menguruskan dan membawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia yang maut dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand hari ini.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bagaimanapun, urusan membawa pulang jenazah bergantung kepada keputusan keluarga atau waris.
"Urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia itu perlu tunggu keputusan pihak keluarga, jika pihak keluarga minta nak ke sana dan membawa balik atau meminta kita membawa balik, kita sedia membantu.
"Saya telah menghantar WhatsApp kepada rakan sejawat di sana, beliau telah menjanjikan bahawa apa sahaja bantuan diperlukan, beritahu pihak mereka, insya-Allah akan diusahakan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini hari ini.
Beliau berkata pihak hospital di New Zealand juga perlu melakukan bedah siasat terlebih dahulu sebelum urusan membawa pulang jenazah kedua-dua pelajar dilakukan dan segala urusan berkaitan akan diuruskan sebaiknya oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington.
Timbalan Presiden UMNO itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya tersebut.
Terdahulu, Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan memaklumkan dua pelajar Malaysia maut dalam nahas jalan raya pada 1.45 tengah hari waktu tempatan.
Menurut kenyataan itu, nahas berkenaan melibatkan lima penuntut Malaysia dan mangsa yang cedera diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands.
Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington ketika dihubungi Bernama mengesahkan pelajar yang meninggal dunia ialah Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa, kedua-duanya adalah penuntut University of Canterbury.
Mangsa yang cedera ialah Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Walton, juga penuntut universiti sama manakala Muhamad Faris Mohd Fairusham adalah penuntut Victoria University of Wellington.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#pelajar malaysia
#New Zealand
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan