awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zaid hanya mahu cari publisiti murahan - Arul Kanda

Bernama
Bernama
01/05/2018
01:19 MYT
Zaid hanya mahu cari publisiti murahan - Arul Kanda
Arul Kanda berucap pada Program Bicara Isu-Isu Semasa Townhall BN Parlimen Kota Bharu di Padang Taman Guru Pintu Geng, Gua Musang, malam tadi. - fotoBERNAMA
Tindakan Datuk Zaid Ibrahim mengarahkan peguamnya di Australia mengambil kes terhadap ANZ Bank kononnya bagi mendapatkan semula RM2.6 bilion yang didakwa diseleweng daripada dana syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilihat cuba mencari publisiti murahan.
Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata tindakan Zaid itu juga mungkin akibat kecewa kerana DAP tidak meletakkannya sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.
"Saya sebenarnya bersimpati dengan Zaid sebab saya tahu beliau kecewa kerana beliau ahli politik yang tidak berjaya dan dijanjikan untuk dapat kerusi (bertanding pada PRU14).
"Tapi malangnya, DAP mengutamakan calon Cina, jadi pada pendapat saya dia hanya hendak buat publisiti. Saman beliau dah banyak kali dikemukakan termasuk berkaitan 1MDB dan beberapa kali juga ditolak," katanya.
Arul Kanda berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Pendengaran Awam Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Bharu anjuran Kelab Sahabat N87 Malaysia di Padang Taman Guru, Pintu Geng di sini, malam tadi.
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam.
Zaid dilaporkan mendedahkan peguamnya di Australia bersetuju mengambil kes terhadap ANZ Bank bagi mendapatkan semula RM2.6 bilion yang didakwanya diseleweng daripada dana 1MDB meskipun pihak berkuasa Malaysia menegaskan sebaliknya.
Menerusi blog pada 23 April lalu, Zaid mendedahkan beliau ke Sydney untuk mengarahkan Peguamcara Levitt Robinson meninjau kemungkinan mendakwa ANZ Bank.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Bhd
#1MDB
#ANZ Bank
#Arul Kanda
#calon
#Cina
#DAP
#Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu
#MalaysiaMemilih
#murahan
#pilihan raya umum
#PRU14
#publisiti
#Zaid Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan