awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zayn Rayyan: Diklasifikasi kes bunuh, siasatan diteruskan, jangan sebar maklumat palsu - Polis

Fareez Azman
Fareez Azman
09/12/2023
10:15 MYT
Zayn Rayyan: Diklasifikasi kes bunuh, siasatan diteruskan, jangan sebar maklumat palsu - Polis
Mohd Fakhrudin berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi dan menyebarkan sebarang maklumat palsu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes kematian kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mattin diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Jelas Mohd Fakhrudin, kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh selepas proses bedah siasat ke atas jenazah mangsa selesai pada Khamis lalu.
"Pada jam lebih kurang 11 pagi, bedah siasat telah dijalankan ke atas jenazah mangsa di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh dan prosedur bedah siasat selesai pada jam lebih kurang 4.30 petang.
"Kes ini telah direklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit atas kesalahan dan didapati bersalah boleh membawa hukuman mati. Kes masih dalam siasatan," jelasnya.
Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi dan menyebarkan sebarang maklumat palsu.
Jika didapati bersalah boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kehilangan mangsa mohon tampil ke Balai Polis berhampiran atau berhubung terus ke Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966222.
"Berhubung terus dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya, Deputi Superintendan Muhammad Yusof Ahmad di talian 013-9760019, Pegawai Penyiasat Kanan Polis, ASP Mohd Hafizee Ismail di talian 013-3587571 dan Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin di talian 017-5316415," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan Abdul Mattin
#Kanak-kanak
#kes bunuh
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan