awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buang undi tidak semestinya masa cuti sekolah - Pengerusi SPR

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
09/04/2013
06:54 MYT
Buang undi tidak semestinya masa cuti sekolah - Pengerusi SPR
Hari membuang undi tidak semestinya jatuh pada musim cuti persekolahan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tarikh itu tidak akan sekali-kali terikat dengan sejarah hari pilihan raya sebelum ini yang lazimnya sama dengan cuti persekolahan.
``Kita tidak terikat dengan trend sebelum ini namun banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih tarikh paling sesuai untuk mengundi.
``Kita tetap mempertimbangkan beberapa hari besar yang mungkin jatuh dalam tempoh ini. Kita juga memeriksa dengan Jabatan Meteorologi mengenai hari terbaik (cerah) untuk tarikh membuang undi,'' katanya dalam sidang media selepas memberi taklimat kepada diplomat asing mengenai pilihan raya umum.
Dalam pada itu, Abdul Aziz memberitahu, pertemuannya dengan wakil diplomat lebih kepada proses penerangan perjalanan pilihan raya serta menjawab isu berkaitan.
``Kita menjawab beberapa soalan dan memberi pemahaman kepada diplomat dan wakil mereka. Kesemua mereka berpuas hati dengan penjelasan yang diberi,'' ujarnya.
Dalam pada itu katanya, pengumuman tarikh penamaan calon dan pembuangan undi akan dibuat dalam sidang media pada tengah hari Rabu.
Topic Berkaitan
#musim per sekolahan
#Pilihan Raya Umum ke-13
#PRU13. GE13
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan