awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google lancar hab Pilihan Raya Umum 13

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2013
04:42 MYT
Google lancar hab Pilihan Raya Umum 13
Google melancarkan hab pilihan raya bersempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Laman sesawang www.google.com.my/elections membolehkan para pengundi mengetahui maklumat terkini dalam PRU13 dan disamping itu juga, rakyat Malaysia boleh mengkaji, menonton, mempelajari dan mengambil bahagian dalam isu-isu polisi yang membentuk kempen sempena musim pilihan raya yang hampir tiba.
Selain itu, laman sesawang pilihan raya ini akan turut menampilkan berita terkini berkaitan pilihan raya dan trend carian, berserta pautan-pautan mudah ke laman sesawang parti-parti politik dan saluran YouTube.
Dengan menggunakan sumber maklumat pengundi yang telah disusun dari pelbagai sumber, pengguna Internet akan dapat mencari maklumat pada masa nyata (realtime) ketika pilihan raya berlangsung.
Menurut jurucakap Google, misi mereka adalah unutk menjadikan maklumat boleh diakses dimana jua dan berguna untuk pengguna dan lama sesawang ini sememangnya diwujudkan untuk pilihan raya.
“Kami mahu memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada semua maklumat yang tersedia untuk mereka dalam usaha untuk membantu mereka membuat keputusan tepat pada hari pilihan raya,” katanya.
Menerusi perkembangan ini, rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada semua maklumat yang tersedia untuk mereka dalam usaha mereka unutk membuat keputusan pada hari mengundi.
Selain tu juga, ianya akan membenarkan rakyat berkeupayaan untuk berhubung dan terlibat secara langsung dengan calon-calon melaui pelbagai platform Google, seperti menonton siaran langsung di YouTube atau membincangkan isu-isu di Google+Hangout.
Setelah dilancarkan, laman sesawang ini akan kekal sebagai sumber maklumat pada masa depan untuk pengundi di Malaysia termasuk Pilihan Raya Umum di masa akan datang.
Topic Berkaitan
#akses
#Google
#hab PRU 13
#Malaysia
#pilihan raya umum
#PRU-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan