awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembelajaran sepanjang hayat tonggak masyarakat bermentaliti kelas pertama – Halimah Yacob
16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye
Menteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Disiplin Umno terima laporan sabotaj

Bernama
Bernama
20/04/2013
06:56 MYT
Lembaga Disiplin Umno terima laporan sabotaj
Lembaga Disiplin Umno menerima beberapa laporan perbuatan sabotaj dalam kalangan anggota partinya menjelang pilihan raya ke-13 (PRU13), kata Pengerusinya Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.
Beliau berkata individu berkenaan akan dipanggil untuk memberi penjelasan dan mereka berdepan tindakan tegas termasuk dipecat dan digantung keanggotaannya jika dibuktikan bersalah.
Justeru, beliau mengulangi amaran agar anggota parti menjauhi perbuatan mensabotaj parti.
"Saya juga menyeru kepada semua anggota Umno di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong siapa sahaja yang telah diletakkan sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti.
"Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan Lembaga Disiplin tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang mengkhianati parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tengku Ahmad Rithauddeen berkata Lembaga Disiplin juga telah melantik pemantau di setiap kawasan parlimen dan dewan undangan negeri (Dun) bagi memantau dan melaporkan kes sabotaj parti.
Sebuah jawatankuasa khas dianggotai empat wakil Majlis Tertinggi Umno dan empat wakil Lembaga Disiplin parti juga ditubuhkan bagi mempercepatkan proses membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah mensabotaj atau melanggar disiplin parti, katanya.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#PRU-13
#PRU13
#sabotaj
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan