awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan kecil berlaku berhampiran Ibu Pejabat PKR

Aizat Sharif
Aizat Sharif
03/05/2013
18:52 MYT
Letupan kecil berlaku berhampiran Ibu Pejabat PKR
Satu letupan kecil berlaku berhampiran Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Jalan Tropicana Selatan, Merchant Square disini malam tadi.
Letupan tersebut berlaku kira-kira jam 9.35 malam di luar sebuah peti TNB yang letaknya hampir 50m dari kawasan pejabat PKR itu namun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kemusnahan harta benda.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata kejadian tersebut dipercayai dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan letupan seperti mercun.
Namun, bahan-bahan tersebut tidak mampu untuk menghasilkan satu letupan yang besar seperti mercun.
“Kita percaya letupan tersebut sengaja dilakukan bertujuan untuk menimbulkan kegusaran dan ketakutan orang ramai terutama dengan menjelangnya hari pilihan raya,” kata Arjunaidi.
Polis turut menemui sebuah telefon bimbit berserta bateri dan spana dan mereka masih menyiasat samada ianya digunakan dalam kejadian tersebut.
“Suspek yang melakukan letupan tersebut tahu selok-belok untuk menghasilkan alatan letupan namun bahan yang dihasilkan itu tidaklah mampu menghasilkan satu letupan yang besar,” beliau berkata.
Kes disiasat dibawah Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Kejadian tersebut merupakan kejadian ketiga yang berlaku berhampiran pejabat parti yang bertanding pada pilihan raya kali ini.
Kejadian pertama berlaku sekitar jam 7 pagi semalam, apabila seorang petugas Parti DAP di Kepong menjumpai kotak bertulis “Awas! Bom!” di bilik gerakan DAP di Jinjang Utara.
Tidak lama selepas itu pula, seorang pemilik gerai menjumpai sebuah bungkusan tertera tulisan ‘Bom’ di bilik gerakan DAP di Seri Kembangan.
Polis masih menyiasat samada ketiga-tiga kes tersebut dilakukan orang yang sama.
Topic Berkaitan
#Letupan kecil
#Petaling Jaya
#pilihan raya
#PKR
#polis
#PRU13
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan