awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU di Lahad Datu akan diteruskan

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
10/04/2013
06:34 MYT
PRU di Lahad Datu akan diteruskan
Proses pilihan raya akan diteruskan seperti biasa di kawasan Lahad Datu, Semporna dan Kampung Tanduo yang telah diancam oleh pengganas dari Sulu sejak Februari.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan perkara ini semasa satu sidang media untuk mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke 13.
"Tiada persoalan tentang pilihan raya di Lahad Datu, Semporna dan Kampung Tanduo. Ia akan diteruskan," katanya.
Abdul Aziz berkata beliau menyerahkan isu keselamatan di kawasan-kawasan tersebut, di tangan pasukan keselamatan.
"Pihak polis dan tentera tahu kerja mereka. Jika mereka rasa keselamatan perlu dipertingkatkan, mereka akan pertingkatnya.
"Seya diberitahu secara umumnya keadaan di situ bertambah baik," tambahnya lagi.
Sebelum itu, Abdul Aziz mengumumkan hari Ahad, 5 Mei sebagai tarikh rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Hari penamaan calon pula ditetapkan pada hari Sabtu 20 April.
Topic Berkaitan
#GE13
#Lahad Datu
#pilihan raya
#PRU13
#SPR
#Sulu
#tan sri abdul aziz mohd yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan