awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,000 sertai Warisan di Putatan

Bernama
Bernama
30/01/2019
21:40 MYT
2,000 sertai Warisan di Putatan
Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan parti pembangkang kawasan Putatan yang menyertai parti Warisan pada majlis penerimaan borang keahlian parti Warisan pada Rabu malam. - Bernama
Kira-kira 2,000 orang daripada 38 cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) di bahagian Putatan pada Rabu menyerahkan borang keahlian parti.
Borang keahlian itu diserahkan oleh ketua-ketua cawangan berkenaan kepada Ketua Bahagian Warisan Putatan Terence Siambun dan disaksikan oleh Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Uda Sulai.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Terence berkata kebanyakan mereka yang menyertai Warisan itu adalah bekas anggota UMNO yang telah meninggalkan parti berkenaan sebelum ini.
"Ada juga dalam kalangan mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini...dan saya lihat kemasukan beramai-ramai pada hari ini menunjukkan parti ini semakin diterima oleh rakyat," katanya.
Beliau berkata kemasukan kira-kira 2,000 anggota baharu itu kini menjadikan Warisan Putatan kini mempunyai lebih 10,000 ahli dan lebih 100 cawangan.
Sementara itu, Uda yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Petagas berkata kemasukan anggota baharu berkenaan akan memperkuatkan lagi parti itu di bahagian tersebut.
"Kemasukan ini menunjukkan keyakinan masyarakat Putatan terhadap Warisan. Mereka yang menyertai Warisan ini tidak dipaksa dan tiada habuan yang diberikan kepada mereka.
"Oleh itu saya meminta semua anggota parti di Putatan ini terus menyokong pucuk pimpinan demi pembangunan di Sabah khususnya di Putatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keahlian parti
#politik
#Putatan
#terence siambun
#UMNO
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan