awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Rusia raih pendapatan berbilion euro susulan penutupan Selat Hormuz
Songkran Bangkok tanpa alkohol, aktiviti dihadkan hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 hari menjelang PRU14, ini antara perbualan hangat di Twitter

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
03/05/2018
05:50 MYT
6 hari menjelang PRU14, ini antara perbualan hangat di Twitter
Pada PRU14 ini, netizen menjadikan platform media sosial sebagai satu cara untuk bertukar pendapat dengan pengundi lain. - Gambar hiasan
Enam hari menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) netizen terus menggunakan laman media sosial khususnya Twitter bagi menyuarakan aspirasi, harapan dan keinginan mereka.
Ramai di kalangan pengguna media sosial menggunakan platform itu bagi menyalurkan harapan kepada pemimpin yang bakal diberi mandat untuk mewakili suara mereka.
Mereka juga mengharapkan agar bakal pemimpin akan lebih kerap turun padang bertemu rakyat dan bukan sekadar bertemu di saat tempoh pilihan raya umum yang semakin menghampiri.
Orang nampak seronok jadi calon, org nampak seronok menang jadi wakil rakyat tapi yg org tak nampak betapa kerja penat lelah turun padang sana sini educate pengundi ttg keadaan Malaysia kini. Saya doakan semua calon bertabah & kuat di saat2 akhir. Jgn terlalu selesa. Mara terus!
— MissRahayu (@cikmekbeauty) May 2, 2018
Saya amat mengharapkan calon calon giatkan lagi berjumpa pengundi... kawasan kawasan kampong masih belum merasai sentuhan calon... harap sangat kembangkan jentera turun ke semua kawasan...
— Encik Puaka (@Krande_Trobang) May 2, 2018
Make social media as a place of positivity, spread love not lies, give good advise not sarcasm, berkempen jgn mengecam, peace no war, in the end every deeds counted brahh /p>— Mazhar Jamaludin (@MazharAzrin) May 3, 2018
Majoriti perbualan hari ini juga terarah kepada semangat untuk pulang mengundi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
aku nak balik kampung mengundi ni , tkde ke sumbangan nak bg dri mana mana parti. haha
— ZuLKaPaN (@pijyyy) May 3, 2018
tiket dh beli next week balik mengundi hehe /p>— xx (@aienaiziel_) May 3, 2018
Orang kl siapa yang balik ipoh hari selasa untuk mengundi dan ada kosong lagi, sis nak tumpang /p>— (@eighhaaa) May 3, 2018
Menariknya mengenai perbualan balik mengundi ini, netizen menjadikan platform ini sebagai satu cara untuk bertukar pendapat dengan bakal pengundi lain.
Rata-rata perbincangan terarah kepada siapa yang pulang mengundi ke lokasi yang sama dan berapakah kos yang perlu dibayar untuk pulang bersama menaiki satu kenderaan.
Ada juga dalam kalangan mereka seolah-olah tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman untuk mengundi dan pada masa sama meluangkan masa bersama keluarga.
Cepatlah sikit tarikh mengundi nak balik rumah/p>— Suzi(@SuziyanaHasim_) May 3, 2018
Tadi call mak.. Aku dengar suara mak macam letih(more macam sakit).. Tiba tiba rasa nak menangis sebab duduk jauh.. Tak sabar nak balik hari sabtu ni.. Satu kebaikan musim mengundi ni, at least dapat cuti padahal kalau ikutkan kalendar akademik, cuti minggu ke-10 /p>— Athirah Nazir (@seven0sevenfans) May 2, 2018
tak sabar nk balik mengundi. nk makan siput sedut masak lemak cili api n kuih bakar berlauk. lama dh mengidam ni. /p>— siti saleha salikin (@salehasalikin) May 2, 2018
Perbualan di laman media sosial, khususnya Twitter, dijangka akan terus rancak dalam tempoh beberapa hari ini menjelang hari pengundian 9 Mei.
Topic Berkaitan
#borak pru14
#calon
#harapan
#kempen
#MalaysiaMemilih
#pemimpin
#PRU14
#topik hangat
#Twitter
#wakil rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan