awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Heathrow alami peningkatan 10 peratus penumpang transit berikutan perang di Asia Barat
Empat lelaki ditahan cuba seleweng lebih 3,000 liter diesel bersubsidi
60 pesawat penumpang terhenti perkhidmatan kerana perang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik perlu diwujudkan segera - Azalina

Bernama
Bernama
01/11/2016
11:38 MYT
Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik perlu diwujudkan segera - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataannya hari ini berkata pendedahan itu menguatkan lagi keperluan dan justifikasi terhadap perlunya akta itu diwujudkan. - Gambar fail
Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) perlu diwujudkan segera berikutan pendedahan oleh portal antarabangsa DC Leaks berhubung tajaan dana oleh Open Society Foundations (OSF) terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkepentingan politik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataannya hari ini berkata pendedahan itu menguatkan lagi keperluan dan justifikasi terhadap perlunya akta itu diwujudkan.
Katanya penglibatan George Soros dalam penyaluran dana kepada NGO berkepentingan politik perlu diambil serius dan siasatan terperinci perlu dibuat bagi memastikan dana yang diterima tidak disalah guna serta mengancam kedaulatan negara.
Azalina berkata PDEA juga boleh diperluaskan kepada NGO berkepentingan politik yang menyalahgunakan dana mereka.
"Kita bimbang akan campur tangan asing tanpa sebarang sekatan ini akan membawa kepada agenda tertentu yang boleh merosakkan negara," katanya. - Bernama
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#DC Leaks
#Open Society Foundations
#PDEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan