awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Pakistan perlu lebih tegas dalam rundingan kedua Iran-AS
Iran pertimbang kenakan caj laluan di Selat Hormuz - Duta
Sepanyol dakwa Israel terap 'strategi Gaza' di Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bantu tugas Presiden bukan bermakna menyokong buta tuli' - Tun M

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
10/12/2015
10:36 MYT
'Bantu tugas Presiden bukan bermakna menyokong buta tuli' - Tun M
DR MAHATHIR: Jika Presiden membuat polisi atau tindakan yang tidak betul, Timbalan serta Naib-naib Presiden boleh menegurnya. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Dalam perlembagaan UMNO, membantu tugas-tugas Presiden tidak bermakna menyokongnya secara buta tuli, kata bekas presiden parti Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Memanglah tugas Timbalan dan Naib-naib Presiden adalah untuk membantu Presiden, tetapi ia tidak bermakna hanya menyokong tanpa mempersoal atau menegur tindakan Presiden," kata Dr Mahathir.
Tambah beliau, jika Presiden membuat polisi atau tindakan yang tidak betul, Timbalan serta Naib-naib Presiden boleh menegurnya.
"Kalau salah, takkan nak biar sahaja. Mesti kena tegur," kata Dr Mahathir ketika berucap dalam satu mesyuarat bersama ketua-ketua cawangan dan perwakilan UMNO dari Kedah di Yayasan Islam di ibu negara petang ini.
Beliau mengulas tentang ucapan dasar yang dibuat Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada pagi tadi.
Dalam ucapan beliau, Najib menerangkan tugas-tugas Timbalan dan Naib-naib Presiden sebagai membantu tugas-tugas Presiden.
Ini, katanya termaktub dalam perlembagaan UMNO, serta merupakan rahsia dan formula UMNO yang bertahan sebagai tunjang pemerintah sejak dahulu sehingga kini.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Najib Razak
#presiden
#Timbalan
#Tun M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan