awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu rujuk Ahli Parlimen Gua Musang, Jeli ke lembaga disiplin parti

Bernama
Bernama
09/11/2023
16:24 MYT
Bersatu rujuk Ahli Parlimen Gua Musang, Jeli ke lembaga disiplin parti
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Lembaga Disiplin parti itu akan bersidang dalam masa terdekat untuk menentukan hukuman terhadap Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Parti Bersatu akan merujuk dua Ahli Parlimen daripada parti itu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Lembaga Disiplin Bersatu.
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Lembaga Disiplin parti itu akan bersidang dalam masa terdekat untuk menentukan hukuman terhadap Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik.
"Dua kes pertama melibatkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar (Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid ) dan Ahli Parlimen Labuan, (Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman), masing-masing digantung keahlian empat dan enam tahun oleh Bersatu," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu di sini, malam ini.
Terdahulu, Iskandar Dzulkarnain mengumumkan keputusannya untuk menyokong Perdana Menteri pada 12 Okt lepas diikuti Suhaili Abdul Rahman pada 30 Okt.
Seterusnya, perkara sama dilakukan oleh dua lagi ahli Parlimen iaitu Mohd Azizi yang menyatakan sokongan itu pada Selasa lepas dan Zahari mengisytiharkan sokongannya semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Lembaga Disiplin
#Muhyiddin Yassin
#Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim
#Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan