awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersekongkol untuk guling kerajaan satu tindakan tidak demokratik - Salleh

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
16/08/2015
02:01 MYT
Bersekongkol untuk guling kerajaan satu tindakan tidak demokratik - Salleh
SALLEH: barisan Nasional harus diberi kepercayaan untuk meneruskan dan melaksanakan dasar-dasar yang telah diumumkan. -Foto Astro AWANI
Perbuatan bersekongkol dengan pihak luar untuk menggulingkan kerajaan adalah tindakan yang tidak demokratik kerana hala tuju politik Malaysia sepatutnya ditentukan oleh rakyat negara ini sendiri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan terdapat komplot pihak tertentu, termasuk daripada parti UMNO, yang mahu menggulingkan kerajaan sedia ada.
"Pada saya TPM telah membuat kenyataan sedemikian, sudah tentulah ada asasnya. Kita mengamalkan satu sistem negara yang berdemokrasi dan kita adalah sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
"Sebarang perubahan, jika berlaku, seharusnya dilakukan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) kerana PRU itu adalah tempat kita untuk bersaing dalam politik," ujar beliau yang ditemui dalam program berbasikal Kayuhan Sehati Sejiwa di ibu negara hari ini.
Menurut Salleh, parti pemerintah ataupun parti lawan akan menghidangkan dasar ekonomi dan politk masing-masing dan rakyat akan menentukan parti mana yang mereka rasa harus jadi parti pemerintah.
"Yang salah ialah apabila kita terlibat dalam percubaan menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik di mana kita bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu apatah lagi sekarang ini terbukti sangat di mana keterlibatan warga negara asing dalam menentukan hala tuju politik Malaysia," ujar beliau.
Salleh memberi contoh media di internet seperti Sarawak Report yang dimiliki warga negara asing yang didakwanya cuba memutarbelitkan fakta dan memesongkan pemikiran rakyat dengan mempamerkan dokumen-dokumen yang telah diubah.
Beliau percaya bahawa rakyat berkuasa menentukan segalanya dan PRU adalah wadah untuk membuat pilihan.
"Sementara ini, rakyat sudah memberi mandat kepada Barisan Nasional (BBN) untuk jadi parti pemerintah dengan kemenangan yang selesa pada PRU lalu. Maka kita harus diberi kepercayaan untuk meneruskan dan melaksanakan dasar-dasar yang telah diumumkan.
"Itulah prinsip demokrasi," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#demokrasi
#guling kerajaan
#rakyat
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan