awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih 5.0 sudah terpesong - PAS

Bernama
Bernama
21/10/2016
04:35 MYT
Bersih 5.0 sudah terpesong - PAS
Pas memang dijemput dalam mesyuarat berkaitan Bersih 5.0 dan wakil parti itu sudah menjelaskan bahawa Pas tidak akan menyertai perhimpunan itu kali ini. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Pas memutuskan tidak menyertai Bersih 5.0 kerana menganggap ia sudah terpesong daripada tujuan asal, malah dipercayai mempunyai agenda lain.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu juga tidak boleh menerima tindakan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar pemimpin tertinggi negara.
"Selain dilihat sudah 'lari' daripada fokus asal, kami juga tidak menafikan tindakan peserta pada Bersih 4.0 dahulu yang memijak gambar pemimpin tertinggi sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya kepada pemberita selepas Ceramah 26 Tahun Pentadbiran PAS Kelantan - Membangun Bersama Islam di sini, malam tadi.
Turut hadir Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Takiyuddin berkata Pas memang dijemput dalam mesyuarat berkaitan Bersih 5.0 dan wakil parti itu sudah menjelaskan bahawa Pas tidak akan menyertai perhimpunan itu kali ini.
Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS tidak membuat sebarang perjumpaan rasmi ataupun dihubungi secara rasmi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#Bersih 5.0
#Maria Chin
#Setiausaha Agung Pas
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan