awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Cari jalan rampas semula Pulau Pinang' - Reezal

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2016
00:00 MYT
'Cari jalan rampas semula Pulau Pinang' - Reezal
Semua pihak perlu melihat saranan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk parti komponen Barisan Nasional (BN) bekerja keras.
Semua pihak perlu melihat saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk parti komponen Barisan Nasional bekerja keras dan memberi kemenangan bukan bersifat menghina parti lain.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia pendekatan biasa selain nasihat untuk mengukuhkan saf di dalam BN.
"Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow tidak perlu berasa marah dan kecewa. Paling wajar dilakukan kini adalah memperkuat jentera parti untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
"Tidak mustahil untuk mengukuhkan jentera pada pilihanraya. Ambil contoh SUPP (Sarawak) yang sebelum ini berhadapan dugaan teruk dlm PRU ke-13 dan akhirnya, SUPP bangkit selain menjadi relevan kembali sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
"Soalnya, mahu atau tidak? Ataupun Chang Yeow masih berseronok dan bernostalgia dengan kehebatan lama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Reezal mengulas tindakan Chang Yeow yang mengeluarkan kenyataan negatif terhadap kemampuan BN negeri baru-baru ini.
Tegas Reezal yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, sekarang bukan masanya untuk salahkan sesiapa selain melihat nasihat Ahmad Zahid yang bersifat mengukuh dan bukan meruntuh.
"Sebagai pemimpin berpengalaman, Chang Yeow tidak wajar melahirkan respon yang negatif.
"Teng tidak perlu biadap dalam menidakkan realiti politik. Setiap seorang daripada kita kena berusaha mengukuh jentera parti. Ambil hakikat dan fakta itu.
"Sayang, jika kedudukan Guan Eng dan DAP paling lemah pada ketika ini tidak disaingi oleh kerjasama BN Pulau Pinang yang lebih utuh. Ini peluang kita untuk merampas negeri," katanya.
Topic Berkaitan
#ahmad zahid
#BN
#Lim Guan Eng
#pulau pinang
#Reezal Merican Naina Merican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan