awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiga ADUN Sarawak dikuarantin, tidak hadir angkat sumpah

Azizah Alwi
Azizah Alwi
14/02/2022
06:14 MYT
COVID-19: Tiga ADUN Sarawak dikuarantin, tidak hadir angkat sumpah
Difahamkan Datuk Len Talif Salleh, Datuk Sebastian Ting dan Datuk Seri Huang Tiang Sii diperintah menjalani perintah kuarantin kerana positif COVID-19 dan menjadi kontak rapat kepada pesakit. - Gambar fail
KUCHING: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak tidak menghadiri Majlis Angkat Sumpah semasa pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Sarawak ke-19 pada Isnin, selepas dijangkiti COVID-19, baru-baru ini.
Perkara itu dinyatakan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar di hujung ucapan pemasyhuran dan penangguhan mesyuarat berkenaan pada Isnin.
“Saya telah memberi cuti tidak hadir di bawah Perintah Tetap 21 kepada ADUN N.41 Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh, ADUN N.45 Repok Datuk Seri Huang Tiang Sii dan ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting.
“Mereka kini sedang menjalani kuarantin dan dewan akan bersidang semula jam 9.00 pagi esok, 15 Februari 2022,” jelasnya.
Difahamkan, ketiga-tiga mereka dikuarantin kerana positif COVID-19 dan menjadi kontak rapat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kuarantin
#ADUN Sarawak
#angkat sumpah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan