awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Cukup sampai di sini sayang' - UMNO Terengganu umum tanding semua kerusi Parlimen, DUN

Astro Awani
Astro Awani
03/04/2021
00:32 MYT
'Cukup sampai di sini sayang' - UMNO Terengganu umum tanding semua kerusi Parlimen, DUN
Ahmad pada majlis perasmian UMNO Cawangan Padang Pak Wan, Parlimen Marang. -Foto Astro AWANI
MARANG: UMNO Terengganu meneruskan hasrat untuk bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, sekali gus tidak memberi laluan mudah kepada Bersatu mahupun Pas.
Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Said berkata ia sekali gus menolak kerjasama di antara parti Bersatu dan Pas di negeri itu.
Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata parti itu juga optimis untuk merampas kembali kerusi yang kalah pada pilihan raya umum lalu.
"Insya-Allah kita akan menang kembali. Kita kalah baru ni sebab empat, dah terang-terang kalah kerana calon kita.
"Kalah pula 4 undi, 55 undi, bukan besar 300 undi.
"No way, cukup sampai di sini sayang," kata Ahmad.
Luahan bekas Menteri Besar Terengganu itu bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Ahmad telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan UMNO akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN pada PRU15.
"Saya terpaksa isytihar sebab apabila exco Pas Hanafiah (Mat) sebut di Kemaman dia akan pertahanan 22 daripada 30 kerusi, kemudian Menteri Besar pula sebut di Dungun Pas akan pertahan enam daripada lapan kerusi Parlimen.
"Dah apa yang tinggal... maknanya tak ada pilihan, lawan semualah," kata Ahmad.
Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan enam daripadanya dimenangi Pas iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman.
UMNO memenangi dua kerusi iaitu Besut dan Hulu Terengganu, namun kerusi Hulu Terengganu kemudiannya berpindah menjadi milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah Datuk Rosol Wahid isytihar keluar parti dan menyertai Bersatu.
Manakala bagi kerusi DUN, Pas memenangi 22 kerusi manakala 10 kerusi lagi dimenangi BN dalam PRU14.
Topic Berkaitan
#Ahmad Said
#bertanding
#PRU15
#Bersatu
#UMNO
#terengganu
#PAS
#pilihan raya umum
#ADUN Kijal
#Hanafiah Mat
#Kemaman
#Dungun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan