awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP tidak minat bertanding di Sungai Besar, Kuala Kangsar - Guan Eng

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2016
08:04 MYT
DAP tidak minat bertanding di Sungai Besar, Kuala Kangsar - Guan Eng
GUAN ENG: Kita kena bincang sama-sama, baru ada semangat setiakawan.
DAP tidak berminat untuk bertanding di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.
“Kami akan sokong calon Pakatan Harapan (yang diletakkan) dan tentunya bagi DAP, kami tidak berminat untuk bertanding,” ujarnya.
Menurut Guan Eng, keputusan sama ada Pakatan Harapan akan meletakkan calon di kedua-dua PRK itu hanya akan diputuskan selepas Mesyuarat Presiden pakatan tersebut.
“Kita kena bincang sama-sama, baru ada semangat setiakawan. Saya tidak mahu cakap terlalu awal. Saya rasa Menteri Besar Selangor kena ditanya dulu kerana ini negerinya,” katanya yang berpendapat masih terlalu awal untuk membuat sebarang komen lanjutan.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang ditemui selepas pelancaran Penang Anime Matsuri 2016 Magical Summer di sini pada Sabtu.
Ditanya adakah DAP akan melarang ahli-ahlinya di dua Parlimen tersebut daripada mengundi calon PAS, Guan Eng sekali lagi menegaskan pendirian bahawa DAP hanya akan menyokong calon dari Pakatan Harapan.
Sementara itu, Guan Eng juga enggan mengulas cadangan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahukan PAS pulang ke pangkuan Pakatan Harapan, kerana hal itu perlu dirujuk kepada Mohamed Azmin sendiri.
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng
#Mohamed Azmin Ali
#Pakatan Harapan
#Parlimen Kuala Kangsar
#Parlimen Sungai Besar
#PAS
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan