awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Perlis lulus enakmen anti-lompat parti

Bernama
Bernama
13/10/2022
07:23 MYT
DUN Perlis lulus enakmen anti-lompat parti
Usul bagi pindaan tersebut dibawa oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man (BN-Bintong) dan disokong Asmaiza Ahmad (BN-Chuping). - Foto BERNAMA
KANGAR: Tiga belas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir ke Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri sebulat suara bersetuju dengan pindaan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis bagi membolehkan Enakmen Anti-Lompat Parti dilaksanakan di negeri ini.
Usul bagi pindaan tersebut dibawa oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man (BN-Bintong) dan disokong Asmaiza Ahmad (BN-Chuping).
Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis dengan memasukkan perkara 50A berkaitan larangan ADUN di negeri ini bertukar parti itu dibahaskan oleh kesemua 13 ADUN yang hadir.
Ia disokong oleh kesemua ADUN itu yang terdiri daripada lapan orang ADUN BN dan lima orang ADUN pembangkang.
Dua ADUN iaitu ADUN Titi Tinggi Teh Chai Aan (BN) dan ADUN Sanglang Mohd Shukri Ramli (PAS) tidak hadir atas sebab tertentu dan telah mendapat keizinan Speaker DUN Perlis Datuk Hamdan Bahari.
Sementara itu, Azlan berkata proses seterusnya ialah mendapatkan perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi membolehkan Rang Undang-Undang itu diguna pakai dan diwartakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Perlis
#enakmen anti-lompat parti
#Azlan Man
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan