awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK semak semula hak kemasukan Kanye West susulan bantahan festival
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco PAS di Selangor dicabar letak jawatan

Bernama
Bernama
13/07/2015
00:00 MYT
Exco PAS di Selangor dicabar letak jawatan
NOH: Jika masih ada exco atau ADUN PAS menyokong DAP sedangkan sudah ada kata putus, ADUN PAS di Selangor patut letak jawatan.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS dalam exco kerajaan negeri Selangor dicabar meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata cabaran juga ditujukan kepada DAP supaya keluar daripada gabungan pakatan pembangkang sekiranya parti itu komited untuk tidak menjalankan sebarang kerjasama dengan PAS.
"Kita tidak mahu ini semua hanya sandiwara politik. Jika masih ada exco atau ADUN PAS menyokong mereka (DAP) sedangkan jika (sudah ada) kata putus, ADUN PAS (di Selangor) patut letak jawatan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program tadarus dan khatam Al-Quran peringkat Selangor di Masjid Puncak Alam, di sini, Ahad.
Pada Sabtu, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata PAS di negeri itu akan meneruskan kerjasama dan hubungan dengan DAP di Selangor sehingga menerima arahan rasmi daripada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berhubung tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP.
Iskandar berkata hubungan dan kerjasama itu diteruskan demi menjaga amanah rakyat yang diterima pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Topic Berkaitan
#DAP
#Noh Omar
#PAS
#tahaluf siyasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan