awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadir Bersih 5: Mahfuz sedia berdepan Jawatankuasa Disiplin PAS

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/11/2016
09:37 MYT
Hadir Bersih 5: Mahfuz sedia berdepan Jawatankuasa Disiplin PAS
MAHFUZ: - "Saya tak tahu menahu. Terpulang pada parti melihat apakah menyertai Bersih satu kesalahan atau tidak." - Gambar fail
Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bersedia untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana menyertai Perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.
Beliau yang mengakui tahu bahawa PAS tidak menyertai Bersih, hanya mengetahui larangan kepada ahli menerusi laporan berita Harakah Daily.
Mahfuz menegaskan, beliau tidak ada menerima sebarang surat rasmi daripada pimpinan parti yang menghalang ahli mereka menyertai perhimpunan Bersih.
“Saya tak tahu menahu. Terpulang pada parti melihat apakah menyertai Bersih satu kesalahan atau tidak.
“Saya tidak boleh halang mereka yang hendak hadapkan saya ke jawatankuasa displin atas tindakan kami. Terpulang pada jawatankuasa Disiplin.
“Apa yang saya lakukan adalah untuk rakyat Malaysia. Saya turun Bersih pun adalah untuk rakyat Malaysia.
“Demi rakyat, saya segala-galanya bersedia,” kata Mahfuz ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang memberitahu parti itu akan mengambil tindakan terhadap anggota parti yang didapati menyertai perhimpunan Bersih 5.0 di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Katanya, tindakan displin hanya akan diambil hanya sekiranya mereka menerima aduan.
“Jika ada aduan… parti tidak boleh bertindak sekiranya tiada aduan.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anggota dan penyokong PAS yang akur keputusan parti dengan tidak hadir ke perhimpunan tersebut,” kata Hadi.
Topic Berkaitan
#Baju Merah
#Bersih
#Datuk Mahfuz Omar
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan