awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat Muhyiddin tubuh parti baharu tidak beri saingan pada UMNO

Bernama
Bernama
28/06/2016
16:01 MYT
Hasrat Muhyiddin tubuh parti baharu tidak beri saingan pada UMNO
Pada Ahad lepas, Muhyiddin dalam satu sidang media bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan hasrat meneruskan perjuangan politik mereka menerusi platform politik baharu. - Gambar fail
Rancangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu meneruskan perjuangan politiknya dengan menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu tidak akan memberi saingan kepada UMNO, kata bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Sokongan masih kuat...belum boleh sampai, kekuatan ada pada UMNO," katanya ringkas kepada pemberita selepas ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini, malam tadi.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Penasihat GPMS Datuk Seri Idris Jusoh dan Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa.
Pada Ahad lepas, Muhyiddin dalam satu sidang media bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan hasrat meneruskan perjuangan politik mereka menerusi platform politik baharu.
Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak menyatakan secara terperinci mengenai platfom baharu itu, sama ada menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu.
Ditanya mengenai dakwaan Muhyiddin yang beliau sebenarnya seorang ahli yang setia pada parti, Abdullah berkata: "Sekiranya dia baik, dia akan tetap berada dalam UMNO," katanya.
Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat lepas membuat keputusan memecat Muhyiddin yang merupakan bekas timbalan presiden parti dan Mukhriz, bekas Menteri Besar Kedah.
Keputusan pemecatan itu dibuat kerana melanggar disiplin parti apabila kedua-dua pemimpin itu berada sepentas bersama pemimpin pembangkang dan menyerang kepimpinan parti.
Topic Berkaitan
#GPMS
#kata bekas perdana menteri
#Rancangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu meneruskan perjuangan politiknya dengan menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu tidak akan memberi saingan kepada UMNO
#Tun Abdullah Ahmad Badawi
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan