awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henti berbalah sesama sendiri, jaga kepercayaan rakyat - Ketua Cabang PKR

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
21/12/2019
05:24 MYT
Henti berbalah sesama sendiri, jaga kepercayaan rakyat - Ketua Cabang PKR
Baby Anne berkata, keadaan politik semasa dan perbalahan dalaman boleh diselesaikan oleh pucuk pimpinan, namun dalam masa yang sama, imej parti perlu dijaga. Astro AWANI
Ketua PKR Cabang Batu Sapi, Baby Anne Alsali hari ini menyeru pimpinan parti supaya tidak lagi berbalah sesama sendiri dan berhenti melakukan tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan.
Katanya, perkara yang paling utama ketika ini adalah untuk menumpukan kepada perjuangan dan menjaga kepercayaan rakyat.
"Tolong berhenti berbalah sesama sendiri dan jangan ada batu api yang cuba keruhkan lagi keadaan.
"Ketahuilah, rakyat terutamanya ahli parti, jadi tekanan dengan politik semasa negara ini, termasuk ahli-ahli di negeri Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas isu semasa berkaitan PKR yang dilihat agak panas dengan wujudnya kem-kem tertentu dalam parti itu.
Menurut Baby Anne, keadaan politik semasa dan perbalahan dalaman boleh diselesaikan oleh pucuk pimpinan, namun dalam masa yang sama, imej parti perlu dijaga.
"Jangan mempermainkan kepercayaan rakyat. Kepada yang jadi batu api, tolong hentikan. Jangan cuba meraih populariti daripada perbalahan yang berlaku.
"Kita serahkan sahaja kepada pimpinan pusat untuk selesaikan segala percakaran yang berlaku," katanya kepada media ketika hadir di Majlis Kejohanan Futsal anjuran Timbalan Ketua Pemuda PKR Sabah, Blission Zainuddin.
Hadir sama, Setiausaha Persatuan Angkatan Bumiputera Sabah merangkap Setiausaha Wanita PKR Cabang Silam, Lady Marine Abdul Moin.
Topic Berkaitan
#Baby Anne Alsali
#batu api
#Batu Sapi
#berbalah
#kem
#parti
#PKR
#politik
#pucuk pimpinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan