awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Husam gagal dapat injunksi berhubung Wisma Tok Guru

Bernama
Bernama
16/11/2017
15:05 MYT
Husam gagal dapat injunksi berhubung Wisma Tok Guru
PAS memberi notis kepada Husam (gambar) untuk meninggalkan wisma tersebut dalam tempoh sebulan yang berakhir pada 12 Nov lepas. - Gambar fail
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa hari ini gagal dalam usahanya untuk mendapatkan injunksi Mahkamah Tinggi bagi menghalang pemilik tanah, yang menempatkan Wisma Tok Guru di Salor di sini, daripada membenarkan mana-mana pihak mengadakan aktiviti di tanah berkenaan.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache mengenepikan permohonan Husam itu dengan kos sebanyak RM7,000.
Dalam keputusannya, Ahmad berkata mahkamah membuat keputusan itu dengan mengambil kira defendan Mohd Yasin Yusoff, selaku pemilik baharu tanah tersebut, mempunyai hak kerana sudah membayar serta membeli hartanah itu secara sah.
Beliau berkata dalam membuat keputusan tersebut, mahkamah telah mengambil kira serta meniliti semua hujahan dan bukti yang dikemukakan oleh pihak plaintif dan defendan.
Husam, yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), membuat permohonan injunksi itu bagi menghalang wisma berkenaan daripada diganggu mana-mana pihak sehingga status quo pemilikan bangunan berkenaan diputuskan oleh mahkamah pada perbicaraan 4 Dis ini.
Isu perebutan tanah itu bermula selepas tanah tersebut, yang asalnya dimiliki bekas ADUN Salor, Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim yang menamakan isterinya sebagai pemilik, dijual kepada Mohd Yasin yang juga Setiausaha Kerja PAS Kelantan, dengan harga RM700, 000.
Pada masa sama, wisma itu masih digunakan sebagai Pejabat ADUN Salor oleh Husam, yang mendakwa mendapat kebenaran daripada pemilik asal tanah berkenaan.
Dalam pada itu, PAS memberi notis kepada Husam untuk meninggalkan wisma tersebut dalam tempoh sebulan yang berakhir pada 12 Nov lepas dan PAS juga merancang untuk mengadakan solat hajat kesyukuran berhubung pemilikan baharu tanah tersebut di tempat berkenaan pada malam ini.
Semasa bercakap kepada pemberita, peguam Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili defendan berkata solat hajat itu akan diteruskan kerana telah mendapat permit daripada polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Husam Musa
#injunksi
#mahkamah
#Parti Amanah Negara
#PAS
#perebutan tanah
#Takiyuddin Hassan
#Wisma Tok Guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan