awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istana tolak Wan Azizah, PKR dan DAP tidak faham budaya politik Melayu - Sumber

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
27/08/2014
08:45 MYT
Istana tolak Wan Azizah, PKR dan DAP tidak faham budaya politik Melayu - Sumber
Istana tolak Wan Azizah, PKR dan DAP tidak faham budaya politik Melayu. - Gambar Fail
Wakil Istana Selangor dilaporkan telah menghantar surat daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana pada jam 3.15 tengahari pada Rabu.
Surat itu difahamkan medium rasmi daripada Istana Selangor yang meminta lebih dari dua nama calon untuk 'dinaikkan' sebagai menteri besar seperti kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada Selasa oleh pihak istana sendiri.
Wakil Istana di ibu pejabat PKR membawa surat rasmi yang meminta dua nama calon Menteri Besar Selangor. - Sumber
Menurut sumber dalaman PKR, ia juga tanda istana yang mahu parti itu akur dengan arahan Sultan Selangor.
"Kehadiran wakil daripada istana itu membuktikan PKR dan DAP tidak faham budaya politik Melayu.
"Walau surat pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail beserta Akuan Bersumpah 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dihantar, mereka harus akur permintaan Tuanku untuk menghantar lebih daripada dua nama," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.
Pada Selasa, Keadilan dan DAP dalam satu kenyataan dilaporkan hanya akan mencalonkan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Ia sejajar konvensi yang diamalkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 yang membuktikan Wan Azizah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri.
Sebelum ini, Wan Azizah menghantar surat untuk kali kedua kepada istana untuk menghadap Sultan Selangor
Ia dibuat selepas surat permohonan menghadap terdahulu yang ditulis Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak pihak istana atas alasan tidak mengikut prosedur.
"Sultan Selangor sudah menerima surat yang mengatakan Wan Azizah mendapat sokongan 30 ADUN itu. Jika Sultan Selangor mahu Wan Azizah menjadi menteri besar, Baginda sudah awal-awal lagi umumkan perkenan lantik Wan Azizah sebagai menteri besar.
"Namun Baginda tidak mengumumkan nama Wan Azizah sebagai menteri besar tetapi semalam mahu setiap parti menghantar lebih dua nama calon untuk jawatan berkenaan," jelas sumber itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih menunggu surat rasmi daripada Istana Selangor sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.
Jelas Guan Eng, parti itu tetap dengan pendirian sebelum ini namun tidak menolak kemungkinan mengumumkan pelan lain selepas mendapat surat daripada pihak istana.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri besar namun Sultan Selangor bertitah agar keputusan perletakan jawatan itu ditangguh sehingga perlantikan pengganti menteri besar yang baharu ditentukan.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Exco
#Khalid
#pakatan
#PAS
#PKR
#Selangor
#Sultan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan