awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pembesar suara: Penyokong Azmin buat laporan dengan JPP

Bernama
Bernama
10/11/2018
05:59 MYT
Isu pembesar suara: Penyokong Azmin buat laporan dengan JPP
Satu laporan rasmi telah dibuat berkenaan penggunaan pembesar suara oleh penyokong calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli. - Gambar hiasan
Satu laporan rasmi telah dibuat untuk perhatian Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berikutan penggunaan pembesar suara semasa proses pemilihan PKR Sarawak Cabang Kota Samarahan.
Seorang calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Datuk Mansor Othman berkata beliau difahamkan laporan rasmi telah dibuat berkenaan penggunaan pembesar suara oleh penyokong calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli.
"Saya difahamkan laporan telah dibuat untuk tindakan JPP PKR. Kita nampak tadi pun penggunaan pembesar suara itu mengakibatkan berlaku sedikit pertelingkahan antara anggota kedua-dua kem.
"Setakat pengalaman saya ke beberapa negeri sepanjang pemilihan rasanya kalau tak salah tidak ada pembesar suara digunakan. Bagaimanapun saya tekankan di sini situasi di Sarawak khususnya di Kota Samarahan ini masih terkawal, masih lebih baik berbanding beberapa kejadian tidak diingini berlaku di lokasi serta negeri lain sebelum ini," katanya yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang.
Beliau yang berada dalam pasukan calon Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perjalanan pemilihan PKR Sarawak Cabang Kota Samarahan di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan di sini hari ini.
Bernama difahamkan calon Ketua Cabang Kota Samarahan Jemree Sabli telah memaklumkan penggunaan pembesar suara itu kepada Ketua Pengawas Pusat Mengundi pagi tadi.
Tinjauan mendapati pembesar suara tersebut digunakan dalam satu daripada tiga khemah pasukan Rafizi di depan luar pagar ILP Kota Samarahan sejak awal pagi (kira-kira 8.30 pagi).
Selain digunakan untuk menyiarkan lagu, pembesar suara itu juga menjadi alat komunikasi meminta anggota PKR datang untuk mengundi Rafizi.
Penggunaan pembesar suara itu mengundang rasa tidak puas hati dalam pasukan Mohamed Azmin menyaksikan berlaku pertikaman lidah antara penyokong kedua-dua seteru itu namun tiada perkara tidak diingini berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#calon
#pemilihan
#pemilihan PKR
#PKR
#presiden
#Rafizi Ramli
#timbalan presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan