awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan 'bergayut' di pagar istana - Salahuddin

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
14/01/2021
07:33 MYT
Jangan 'bergayut' di pagar istana - Salahuddin
Salahuddin berkata dalam berjuang menentang COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara tidak memerlukan sokongan majoriti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub secara sinis menyindir Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu pengisytiharan darurat.
Menerusi akaun twitternya, Salahuddin berkata dalam berjuang menentang COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara tidak memerlukan sokongan majoriti.
Namun, kata beliau, seseorang ahli Parlimen perlu memiliki sokongan majoriti sekiranya mahu menjadi Perdana Menteri demi rakyat dan negara.
"Untuk berjuang menentang COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara tak perlu ada majoriti.
"Untuk menjadi Perdana Menteri demi berjuang untuk rakyat dan negara perlu ada majoriti.
"Jangan bergayut di pagar istana," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
Untuk berjuang menentang Covid 19 demi kepentingan rakyat dan negara tak perlu ada MAJORITI. Untuk menjadi Perdana Menteri demi berjuang untuk rakyat dan negara perlu ada MAJORITI. Jgn bergayut di pagar istana.
— Salahuddin Ayub (@MyDSA_official) January 14, 2021
Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#Parti Amanah Negara
#Pulai
#Perdana Menteri
#Istana
#ahli Parlimen
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan