awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan cakap bukan-bukan untuk renggangkan hubungan Bersatu, Pas' - Marzuki

Sinar Harian
Sinar Harian
01/02/2024
22:00 MYT
'Jangan cakap bukan-bukan untuk renggangkan hubungan Bersatu, Pas' - Marzuki
Dakwaan mengatakan hubungan antara Muhyiddin dan Abdul Hadi 'tegang' adalah tidak benar.
SHAH ALAM: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menguar-uarkan potensi Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Perdana Menteri apabila Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan.
Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Datuk Marzuki Mohamad berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu merupakan individu pertama yang memberitahu bahawa Ahmad Samsuri berpotensi menjadi Perdana Menteri pada masa hadapan, semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman tahun lepas.
"Ia dilaporkan secara meluas oleh media tempatan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Beliau mengulas dakwaan sebuah portal berita mendakwa mengenai hubungan antara Muhyiddin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dikatakan ‘dingin’.
Laporan berkenaan turut mendakwa bekas Perdana Menteri itu tidak turun berkempen di PRK Kemaman sementara Abdul Hadi gagal hadir ke Mesyuarat PN.
Ujar Marzuki, dakwaan mengatakan hubungan antara Muhyiddin dan Abdul Hadi 'tegang' adalah tidak benar.
“Sumber ini pun, janganlah cakap yang bukan-bukan kepada media semata-mata nak renggangkan hubungan akrab antara Bersatu dan Pas,” katanya
Beliau turut memaklumkan, kenyataan kononnya kedua-dua pemimpin terbabit sudah lama tidak bersua muka juga adalah palsu.
“Tak betullah itu, selepas Muktamar Pas hanya satu mesyuarat PN diadakan, Abdul Hadi tak hadir kerana sedang menjalani rawatan.
“Tetapi, sebelum itu pun Muhyiddin ada berjumpa pimpinan kanan Pas termasuk Abdul Hadi. Beliau juga turun berkempen di Kemaman,” ujarnya lagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bersatu-Pas
#Muhyiddin Yassin
#Abdul Hadi Awang
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan