awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan ulang perkataan 'keluar Pakatan Rakyat' - Suhaizan

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
28/09/2014
06:46 MYT
Jangan ulang perkataan 'keluar Pakatan Rakyat' - Suhaizan
SUHAIZAN: Jangan ulang perkataan 'keluar Pakatan Rakyat'. -Gambar fail
Jangan ulang perkataan 'keluar Pakatan Rakyat' kerana ia boleh menimbulkan salah faham, kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.
Teguran itu dibuat ekoran kemelut yang timbul susulan kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Mohd Khairil Nizam Khiruddin hingga menyebabkan Pemuda DAP Sarawak mengisytihar berakhirnya kerjasama dengan PAS di negeri itu.
Suhaizan berkata, semua pemimpin pemuda Pakatan Rakyat seharusnya berhati-hati dalam memilih perkataan dalam kenyataan mereka kerana ia boleh menjejaskan kerjasama yang telah terjalin.
Katanya, akibat perkataan yang tidak sepatutnya digunakan, kenyataan Mohd Khairil Nizam sudah disalah faham oleh pemimpin DAP.
"Kalau kita lihat kenyataan Mohd Khairil itu ada perkataan 'kalau', yang mana beliau tidak bermaksud mahu PAS keluar Pakatan Rakyat tetapi memberi penerangan situasi yang menyebabkan PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
"Ada salah faham dari kenyataan itu hingga Pemuda DAP Sarawak isytiharkan tamatkan kerjasama dengan PAS.
"Saya sudah nasihatkan Naib Ketua saya supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan dan saya juga ingatkan kepada pemimpin Pemuda dalam Pakatan Rakyat supaya berhati-hati juga membuat kenyataan dan memilih perkataan yang mahu digunakan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, Pemuda PAS akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pemuda DAP Sarawak bagi menjelaskan salah faham dan menjernihkan suasana.
Suhaizan mengakui terdapat rasa tidak puas hati dalam kalangan pimpinan Pemuda DAP terhadap beberapa tindakan yang dibuat oleh pemimpin PAS.
"Segala salah faham akan diuruskan dengan sebaik mungkin dan kita berusaha untuk mengurangkan krisis supaya kita lebih fokus kepada matlamat Pakatan Rakyat.
"Kita (Pemuda Pakatan Rakyat) perlu segera selesaikan krisis dan salah faham supaya kita dapatkan gerakkan kerja ke arah sasaran yang kita mahu," katanya.
Semalam, Pemuda DAP Sarawak mengisytiharkan berakhirnya kerjasama dengan PAS di negeri itu ekoran kenyataan Mohd Khairil Nizam bahawa partinya tidak menolak kemungkinan keluar dari Pakatan Rakyat bila tiba masanya.
Topic Berkaitan
#DAP
#PAS
#pemuda
#Suhaizan Kaiat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan