awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2018
12:44 MYT
Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO memberi bayangan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan terus menjadi Menteri Besar Terengganu apabila BN menang di negeri itu.
Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mengulangi sejarah pilihan raya umum pada tahun 1999.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Barisan Nasional pernah kehilangan kuasa memerintah negeri itu selama satu penggal.
“Saya harap pengalaman itu tidak diulangi di Terengganu. Usah menoleh ke belakang lagi dan sentiasa menyokong calon parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diletakkan nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Manifesto BN Terengganu dan jentera pilihan raya Parlimen Hulu Terengganu di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu pada Khamis.
Dalam pada itu, Ahmad zahid turut mengingatkan ahli UMNO yang tidak tercalon agar berlapang dada dan berfikiran terbuka.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO memberi bayangan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan terus menjadi Menteri Besar Terengganu apabila BN menang di negeri itu.
“Kita tahu bahawa Datuk Seri Ahmad Razif yang memimpin kita di Terengganu. InsyaAllah atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu, beliau akan terus memimpin kita di negeri ini,” katanya.
Bayangan itu sedikit sebanyak menjawab desas-desus mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir itu kononnya akan beralih bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus.
Dalam majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, RM4 juta bagi pembinaan masjid baharu di Kampung Pasir Dula dan Pusat Komuniti Kampung Teris sebanyak RM250,000.
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif Abdul Rahman
#Ahmad Zahid Hamidi
#DUN
#Parlimen
#Sultan Terengganu
#terengganu
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan