awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kalau sokongan dua pertiga, kenapa masih 'shopping' wakil rakyat? - Awang Hashim

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
14/11/2023
05:40 MYT
Kalau sokongan dua pertiga, kenapa masih 'shopping' wakil rakyat? - Awang Hashim
Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim meluahkan rasa tidak puas hati berhubung tindakan empat Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sekiranya mendakwa mempunyai sokongan kuat dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, mengapa masih ada lagi usaha 'shopping' wakil rakyat?
Demikian persoalan dibangkitkan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim yang meluahkan rasa tidak puas hati berhubung tindakan empat Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
Dakwanya, usaha ‘membeli’ wakil rakyat sebegitu tidak harus berlaku di sebalik kenyataan mahu memperjuangkan integriti dan melakukan reformasi pentadbiran dalam negara.
“Patutnya kerajaan dah ada kedudukan yang kukuh, katanya melebih 148 kerusi, sepatutnya tak perlu (beli wakil rakyat). Mengapa masih berlaku perkara begini?
“Tidak yakin ke? Mungkin boleh jatuh bila-bila masa walaupun ada dua pertiga…sebab itu dia mula shopping. Ini pandangan peribadi saya.
“Kenapa dia shopping sedangkan kata dah ada dua pertiga majoriti, 148 kerusi dalam Dewan Rakyat. Kalau begitu, tak perlu, mantapkan 148 sudahlah.
“Bawalah undang-undang yang memerlukan dua pertiga kalau dia anak jantan, kalau dia yakin, bawalah. Itu cabaran kita,” dakwanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau juga mengingatkan empat Ahli Parlimen itu hanya menyatakan sokongan, bukan menyertai kerajaan dan mereka bila-bila masa boleh menarik sokongan.
Awang juga menempelak alasan 'untuk rakyat' digunakan Ahli Parlimen tersebut malah bertanya, selepas menyatakan sokongan, apakah bantuan yang sudah diberikan kepada rakyat di kawasan masing-masing.
“Saya rasa itu cuma alasan sahaja. Kami dah lama, tiada duit pun okay. Kami boleh turun, servis kepada rakyat, terangkan apa yang berlaku.
“Rakyat tiada masalah, rakyat faham,” katanya.
Topic Berkaitan
#Awang Hashim
#sokongan PM
#reformasi
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#integriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan