awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keabsahan kerajaan: "Buktikan di Parlimen, saya bukan seperti PM sebelum ini"- Anwar

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
06/05/2023
07:14 MYT
Keabsahan kerajaan: "Buktikan di Parlimen, saya bukan seperti PM sebelum ini"- Anwar
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak beramah mesra dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di UiTM Cawangan Negeri Pulau Pinang hari ini. - Foto BERNAMA
PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar mana-mana pihak yang mendakwa bahawa mempunyai sokongan atau angka yang cukup bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan pimpinannya, untuk membuktikan di sidang Parlimen yang akan diadakan penghujung bulan ini.
Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, beliau bukanlah seperti Perdana Menteri sebelum ini yang 'takut' untuk berhadapan dengan isu keabsahan kerajaan sehingga sanggup mengisytiharkan Proklamasi Darurat dan menangguhkan sidang Parlimen.
"Kalau benar ada angka, jangan mengigau, jangan sulitkan rakyat, cari ahli Parlimen yang menyokong mereka, bawa usul dan saya tidak akan mengelak daripada usul undi percaya atau tidak percaya sekiranya ada.
"Saya bukan jenis pimpinan yang kita lalui dahulu, yang memilih untuk lari dari kenyataan (berkaitan keabsahan) itu, (malah) mengisytiharkan darurat, tangguh sidang Parlimen.
"Jadi kita akan adakan sidang Parlimen dalam tempoh dua minggu ini, kalau ada angka bawa, dan saya akan berdepan dengan orang yang bawa usul itu di sidang Parlimen," katanya.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Aidilfitri sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Peringkat Negeri Pulau Pinang bersama Perdana Menteri, di UiTM Permatang Pauh, pada Sabtu.
Sehubungan itu, beliau menyatakan, dengan kenyataan sedemikian, dapat mematikan segala isu berbangkit yang dilihat merosakkan dan menggugat kestabilan kerajaan sedia ada.
Anwar secara tegas turut mengingatkan bahawa usul berkaitan keabsahan pentadbirannya sekiranya dibawa dalam sidang akan datang menjadi 'episod terakhir' dan tidak lagi dibangkitkan selepas ini.
Ianya bagi memastikan perhatian dapat ditumpukan kepada rancangan membangunkan negara terutama melalui kedudukan ekonomi yang semakin baik ketika ini.
Beliau juga memberikan amaran bahawa tindakan akan diambil selepas ini tanpa ada tolak ansur sekiranya wujud sabotaj berkaitan isu keabsahan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Perpaduan
#undi tidak percaya
#Sidang Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan