awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecelaruan politik akan berterusan melainkan jika ahli politik insaf - Pakar

Najib Aroff
Najib Aroff
18/08/2021
07:10 MYT
Kecelaruan politik akan berterusan melainkan jika ahli politik insaf - Pakar
Katanya, situasi itu dijangka berterusan selagi mana ahli politik tidak menginsafi kemahuan rakyat dan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto Astro AWANI
Kuala Lumpur: Kecelaruan politik yang timbul kini dilihat akan berlarutan sehingga menyukarkan untuk negara menyaksikan kewujudan kestabilan politik.
Menurut Penganalisis Politik Romzi Ationg, situasi itu dijangka berterusan selagi mana ahli politik tidak menginsafi kemahuan rakyat dan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Isu ini akan berpanjangan dan saya tidak nampak kestabilan politik akan wujud segera. Selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah menerima akuan bersumpah Ahli Parlimen, Perdana Menteri perlu memanggil sesi Parlimen untuk menentukan keabsahan.
"Sama ada Ahli Parlimen sudah wujud keinsafan dan kembali kepada politik sewajarnya seperti yang diingini rakyat (atau sebaliknya).
"Rakyat dan Yang di-Pertuan Agong juga saya rasa tidak selesai dengan situasi politik kini. Pandemik masih berlaku tetapi ahli politik tidak melihat ia (pandemik) suatu keutamaan," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Tambah beliau, ahli politik harus bersifat terbuka untuk mencari jalan perdamaian dan membolehkan kerajaan baharu memberi tumpuan kepada usaha menangani pandemik COVID-19.
"Konsep politik rekonsiliasi perlu menjadi konsep politik baharu dan memerlukan pertimbangan Ahli Parlimen. Perdana Menteri baharu juga harus memastikan titah Yang di-Pertuan Agong menjadi asas pentadbiran beliau.
"Wujudkan keinsafan ahli politik dan hentikan politik samseng. Namun kerajaan juga harus terbuka menerima kritikan dan ambil kira semua pandangan orang dan saya harap Perdana Menteri baharu kembali kepada matlamat asal sebagai wakil rakyat," katanya lagi.
BACA: PM terpilih menerusi SD perlu kemuka usul undi percaya di Parlimen - Agong BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9? Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan Al Sultan Abdullah bertitah bahawa Perdana Menteri yang telah dilantik oleh Baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Pada Isnin, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri serta seluruh barisan Ahli Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta.
Dalam pada itu, Baginda turut perkenan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sementara (caretaker) sebelum calon Perdana Menteri Baharu dilantik semula.
Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas 15 ahli UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) menarik sokongan terhadap Kerajaan PN.
Ahmad Zahid membuat pengumuman itu dalam sidang media khas pada 3 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#politik
#Dr Romzi Ationg
#Al-Sultan Abdullah
#krisis politik
#Dewan Rakyat
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan