awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kegagalan Shafie 'tamatkan' masalah setinggan di Bangau-Bangau menyedihkan - Nixon

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
09/12/2021
06:20 MYT
Kegagalan Shafie 'tamatkan' masalah setinggan di Bangau-Bangau menyedihkan - Nixon
Jelas Nixon, penempatan Kampung Bangau-Bangau yang terjejas sejak insiden kebakaran pada 2015 lalu belum lagi dapat diselesaikan dengan jayanya dan beliau meminta supaya perkara tersebut diatasi segera. - Facebook \ Nixon Abdul Habi
SEMPORNA: Kegagalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal 'menamatkan' permasalahan setinggan di kawasan perkampungan Bangau-Bangau, dilihat amat menyedihkan.
Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Semporna, Nixon Abdul Habi mendakwa, perjuangan Mohd Shafie yang hanya lantang bersuara terhadap isu-isu lain tetapi gagal untuk membela nasib rakyat di daerah itu, memperlihatkan sikap sebenar bekas Ketua Menteri Sabah itu.
Jelasnya, penempatan Kampung Bangau-Bangau yang terjejas sejak insiden kebakaran pada 2015 lalu belum lagi dapat diselesaikan dengan jayanya dan beliau meminta supaya perkara tersebut diatasi segera.
"Ini memandangkan skop penempatan di daerah ini dilihat agak berterabur dan pada masa yang sama mereka mengambil sikap tidak peduli dengan permasalahan berkenaan.
"Sehingga kini, mangsa-mangsa kebakaran di kampung tersebut hanya mendiami kawasan setinggan kotor berhampiran penempatan Kampung Bangau-Bangau dan ia amat menyedihkan," katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.
Terdahulu, Nixon dalam masa yang sama menyelar kepimpinan Warisan selaku wakil rakyat di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semporna kerana tidak menyelesaikan permasalahan rumah setinggan di Kampung Bangau-Bangau, Kampung Panji, Kampung Air, Kampung Simunul serta penempatan UNHCR di Kampung Selamat.
"Mereka mewakili tiga kawasan DUN termasuklah Parlimen Semporna yang diwakili oleh bekas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sejak tahun 1995.
"Akan tetapi, masalah-masalah rumah setinggan ini masih gagal diatasi mereka.
"Apa yang dibimbangi sejak dahulu, masalah rumah setinggan ini telah menimbulkan pelbagai masalah seperti isu kebakaran, keselamatan, pembaziran utiliti, sampah sarap, masalah penyakit COVID-19 dan sebagainya," katanya lagi.
Sehubungan dengan itu, menurut Nixon, pihaknya berharap supaya rakyat khasnya di daerah Semporna melihat perkara ini dengan wajar dan memikirkan kesinambungan yang telah dijanjikan pemimpin Warisan kepada mereka.
Topic Berkaitan
#Nixon Abdul Habi
#Mohd Shafie Apdal
#setinggan
#kampung Bangau-Bangau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan