awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen undi rosak haram - Mufti Wilayah Persekutuan

Wafa Aula
Wafa Aula
14/02/2018
03:16 MYT
Kempen undi rosak haram - Mufti Wilayah Persekutuan
Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengingatkan rakyat Malaysia agar melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan mengundi calon-calon yang diyakini menjaga Dharuriyyat al-Khams. - Gambar fail
Umat Islam perlu sedar bahawa tindakan seseorang merosakkan undi pada mana-mana pilihan raya umum (PRU) hukumnya haram.
Selain itu, menurut Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, tindakan umat Islam yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak keluar mengundi, juga hukumnya haram.
“Kami cenderung untuk menyatakan bahawa haram merosakkan undi. Begitu juga haram hukumnya daripada sudut syarak untuk tidak mengundi dan mendaftarkan diri sebagai pengundi.
"Sehubungan dengan itu, kami menyeru kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi agar mendaftarkan diri dengan segera untuk mengundi,” tulisnya di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Isnin.
Beliau turut mengingatkan rakyat negara ini supaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan mengundi calon yang diyakini dapat menjaga kepentingan lima keperluan utama atau Dharuriyyat al-Khams, iaitu agama, nyawa, akal, keturunan serta harta.
Dalam konteks fiqh siyasah di Malaysia, pelantikan wakil rakyat, menteri dan pemerintah melalui proses pilihan raya adalah wajib.
Pilihan raya merupakan platform untuk rakyat menunaikan hak bagi memilih pemimpin, katanya.
Sehubungan itu, Zulkifli tidak bersetuju dengan Kempen #UndiRosak, #SpoiltVote yang tular di media sosial baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#daftar
#fatwa
#fiqh siyasah
#media sosial
#mufti
#Pakatan Harapan
#rosak
#tanggungjawab
#undi
#undi rosak
#Wilayah Persekutuan
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan