awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perpaduan setuju sedia peruntukan kepada Parlimen pembangkang - Zahid

Bernama
Bernama
27/04/2023
07:49 MYT
Kerajaan Perpaduan setuju sedia peruntukan kepada Parlimen pembangkang - Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu sedang dimuktamadkan, dengan perbincangan sedang dijalankan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dengan pihak berkaitan. -Bernama
BALING: Kerajaan Perpaduan secara dasarnya bersetuju menyediakan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang namun ia hanya untuk perbelanjaan pentadbiran, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perkara itu sedang dimuktamadkan, dengan perbincangan sedang dijalankan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dengan pihak berkaitan, dan pengumuman mengenainya akan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Di peringkat awal ini, kita telah bersetuju untuk perbelanjaan pentadbiran," katanya kepada pemberita semasa program tinjauan mesra di Desa KEDA Sadek di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian selepas ditanya mengenai sama ada kerajaan bersedia untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Sebelum ini, Fadillah dilaporkan media sebagai berkata bahawa tiada syarat ditetapkan ketika rundingan awal bersama wakil Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan peruntukan kewangan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata proses pembahagian kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah hampir selesai.
"Kita hampir memuktamadkan pembahagian kerusi itu untuk negeri Kedah. Lain-lain negeri (lima negeri lagi yang akan terlibat dalam PRN) apabila saya berada di negeri berkenaan (untuk umumkan tentang pengagihan kerusi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Kerajaan Perpaduan
#Fadillah Yusof
#peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan