awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketiadaan jawatan TPM sesuatu yang janggal - UMNO Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/10/2020
10:55 MYT
Ketiadaan jawatan TPM sesuatu yang janggal - UMNO Perak
SAARANI: Pada pendapat saya, sekiranya Perdana Menteri hendak mewujudkan jawatan itu, apalah salahnya jawatan itu diberikan kepada UMNO sebagai parti yang dominan. - Gambar fail/BERNAMA
LENGGONG:UMNO Perak berpandangan bahawa ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) di dalam pentadbiran negara adalah sesuatu yang janggal.
Bagaimanapun, mereka akur bahawa jawatan itu tidak terdapat di dalam Perlembagaan negara, sebaliknya sekadar jawatan pentadbiran yang dilantik oleh Perdana Menteri.
Sehubungan itu, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung pada malam Khamis tidak membincangkan secara khusus jawatan tersebut.
"Pada kita memang jawatan TPM itu jawatan pentadbiran, kita faham yang itu, cuma pada pendapat saya, sekiranya Perdana Menteri hendak mewujudkan jawatan itu, apalah salahnya jawatan itu diberikan kepada UMNO sebagai parti yang dominan.
"Tetapi itu bukanlah satu tuntutan, tapi itulah benda yang sepatutnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Lenggong, pada Jumaat.
Menurutnya, apa yang berlaku di dalam mesyuarat khas itu tidak seperti yang digembar-gembukan oleh media, khususnya media sosial.
Katanya, UMNO membuat membuat keputusan secara rasional dan tidak mahu bermain politik, sebaliknya lebih fokus kepada kebajikan rakyat.
Topic Berkaitan
#UMNO Perak
#Pengerusi UMNO Perak
#Saarani Mohamad
#Majlis Tertinggi UMNO
#Timbalan Perdana Menteri
#TPM
#janggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan