awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kit Siang jangan perlekeh minda Melayu - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2017
14:10 MYT
Kit Siang jangan perlekeh minda Melayu - Ismail Sabri
ISMAIL: Kit Siang dinasihat tidak cuba memperlekeh dan memperdaya minda orang Melayu terhadap hakikat sebenar iaitu Pakatan Harapan dikuasai DAP. - Gambar fail
Penasihat DAP Lim Kit Siang dinasihat tidak cuba memperlekeh dan memperdaya minda orang Melayu terhadap hakikat sebenar iaitu Pakatan Harapan dikuasai dan dimiliki oleh DAP.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bukan rahsia lagibahawa DAP adalah sebuah parti yang didominasi oleh kaum Cina dan Kit Siang tidak pernah memberi ruang kepada kaum Melayu.
"Justeru itu, Kit Siang perlu menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan sebab DAP adalah anggota parti yang terbesar di dalam Pakatan Harapan.
"Jika Kit Siang melantik seorang Melayu menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan maka ternyata ini adalah satu muslihat untuk perdaya pengundi-pengundi Melayu.
"Kit Siang perlu mengambil jawatan Pengerusi Pakatan Harapan jika mahu membuktikan bahawa Pakatan Harapan sebenarnya bukan Pakatan Ali Baba," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mencadangkan nama Barisan Rakyat, namun tidak dipersetujui Kit Siang dan nama Pakatan Harapan dikekalkan.
Ia dilihat sifat Kit Siang yang dikatakan Ismail membuktikan DAP terlalu berkuasa dalam pakatan pembangkang.
Jelas Ismail lagi, Orang Melayu perlu sedar bahawa Kit Siang hanya mahukan undi orang-orang Melayu sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya.
"Selepas itu, Kit Siang akan mengunakan kuasa Putrajaya untuk memerintah sehingga ke anak cucu.
"Seorang diktator tetap akan menjadi seorang diktator," tegasnya.
Topic Berkaitan
#DAP
#Ismail Sabri
#Lim Kit Siang
#Pakatan Harapan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan