awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KJ mahu rehat, siapa ketua pembangkang terserah MP pembangkang

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
03/07/2018
06:58 MYT
KJ mahu rehat, siapa ketua pembangkang terserah MP pembangkang
KHAIRY: Saya sebenarnya tidak mahu pegang apa-apa jawatan buat masa ini, tetapi kita serahkan pada Ahli Parlimen pembangkang.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mahu mengambil cuti pendek dan menyerahkan kepada ahli-ahli parlimen pembangkang untuk menentukan siapa yang bakal jadi ketua pembangkang di Parlimen.
Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata, pada masa ini, dia mahu berehat dan tidak mahu terikat dengan apa-apa jawatan.
Bagaimanapun jelasnya, sebarang keputusan mengenai jawatan itu akan diputuskan oleh Ahli Parlimen selain mengakui akan hadir ke sidang Dewan Rakyat pada pertengahan Jun ini.
"Saya sebenarnya tidak mahu pegang apa-apa jawatan buat masa ini, tetapi kita serahkan pada Ahli Parlimen pembangkang.
"Saya hendak ambil cuti pendek dan pastikan parti dapat berubah. Kalau pegang jawatan ini, terikat sedikit," katanya selepas majlis serah tugas kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Kementerian Belia dan Sukan di sini, hari ini.
Sebelum ini, Khairy dilaporkan menolak tawaran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjadikannya sebagai Setiausaha Agung BN.
Menurut Khairy, dia membuat keputusan untuk tidak memegang sebarang jawatan sekiranya kalah dalam persaingan merebut kerusi Presiden UMNO.
Khairy tewas kepada Ahmad Zahid dalam pemilihan Presiden UMNO yang baharu bagi penggal 2018-2021 baru-baru ini.
Seorang lagi calon presiden yang tewas adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Khairy Jamaluddin
#Tengku Razaleigh Hamzah
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan