awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macam filem, tiba-tiba yang kena tumbuk dan tukang tumbuk bersatu - Hadi

Sinar Harian
Sinar Harian
26/04/2018
10:16 MYT
Macam filem, tiba-tiba yang kena tumbuk dan tukang tumbuk bersatu - Hadi
Abdul Hadi mempersoalkan kesahihan tragedi 1998 yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipukul sehingga matanya lebam. -Gambar fail
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersoalkan kesahihan tragedi 1998 yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipukul sehingga matanya lebam.
Beliau berkata, insiden yang mengemparkan itu berlaku ketika negara dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad dan seolah-olah seperti sebuat plot cerita Tamil yang tidak masuk akal.
Abdul Hadi berkata demikian sebagai merujuk kepada simbol mata merah dan biru yang digunakan oleh gabungan Pakatan Harapan dalam PRU14 nanti.
"Sekarang guna simbol mata, mata lebam biru, lebam merah, (seperti) kena ‘gocoh’, bekas kena tumbuk.
"Tiba-tiba yang kena tumbuk dan yang tukang tumbuk bersatu, kena tumbuk sungguh atau pura-pura sahaja?
"Macam filem Tamil, kena sekali tumbukan, jatuh berguling-guling, yang tengok menangis sedih, padahal tidak ada apa-apa, satu lakonan sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Pengisytiharan Calon Pas Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.
Abdul Hadi berkata, rakyat sudah merasai dipimpin oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tetapi ketika ini masih berhasrat mengetuai kembali negara.
"Kasihan kepada rakyat, tidak perlulah sebut nama, kasihan," katanya disambut sorakan kira-kira 10,000 penyokong parti.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#MalaysiaMemilih
#mata lebam
#Pakatan Harapan
#PAS
#PRU14
#simbol mata
#tragedi 1998
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan