awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat EXCO Selangor berlangsung seperti biasa

Harris Hardy Hakim
Harris Hardy Hakim
13/08/2014
04:06 MYT
Mesyuarat EXCO Selangor berlangsung seperti biasa
Kesemua yang kekal hadir di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, SUK sebelum mesyuarat bermula pada 10 pagi tadi. -Gambar Fail
Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor yang berlangsung hari ini berjalan seperti biasa dengan kehadiran empat EXCO Pas yang kekal dalam pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Kesemua mereka hadir di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, SUK sebelum mesyuarat bermula pada 10 pagi tadi.
Mereka yang hadir ialah EXCO Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, EXCO Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi serta EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Ir Iskandar Abdul Samad.
Dengan kehadiran empat EXCO berkenaan bermaksud mesyuarat yang berlangsung hari ini adalah sah kerana cukup syarat korum yang ditetapkan.
Sementara itu kelibat beberapa bekas EXCO DAP serta PKR yang dipecat semalam turut kelihatan di bangunan SUK.
Mereka ialah Datuk Teng Chang Kim, V. Ganabatiran dan Ean Yong Hian Wah dari DAP serta Elizabeth Wong dari PKR.
Abdul Khalid ketika ditemui pemberita sebelum memulakan mesyuarat berkata semua pihaknya telah meminta semua EXCO yang dipecatkan agar mengosongkan pejabat mereka sesegera mungkin.
Beliau bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh untuk bekas EXCO berkenaan mengosongkan pejabat mereka.
Semalam Abdul Khalid turut memecat EXCO PKR, Dr Daroyah Alwi dan Rodziah Ismail.
Topic Berkaitan
#Abdul Khalid Ibrahim
#Exco Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan